Selamat datang ke blog saya. Nama saya ialah Chong Wern Fui dari kelas 5 Cengal. Saya belajar di SMK Seksyen 3, Bandar Kinrara. Tahun ini merupakan tahun yang paling mencabar dalam sepanjang kehidupan saya setakat ini. Ini disebabkan, saya akan menghadapi SPM 2009 yang dianggap amat penting. Saya akan berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai kecemerlangan dalam SPM 2009.Seterusnya, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa,guru-guru dan rakan saya kerana mereka telah memberi banyak dorongan dan bimbingan kepada saya bagi menghadapi pelbagai halangan selama ini.Terima kasih...